Mesyuarat Menteri-menteri Luar G7 akan diadakan di Karuizawa, Jepun
Bernama
April 16, 2023 04:30 MYT
April 16, 2023 04:30 MYT
MOSCOW: Mesyuarat Menteri-menteri Luar G7 akan diadakan di bandar peranginan Karuizawa di Jepun bermula 16 hingga 18 April.
Media Jepun melaporkan, mesyuarat itu antara lain dijangka membincangkan konflik Ukraine dan situasi di sekitar Selat Taiwan.
Di samping itu, menteri-menteri luar juga dilaporkan akan berbincang mengenai dakwaan salah maklumat mengenai operasi ketenteraan khas Rusia dan memberi amaran kepada pihak ketiga supaya tidak membekalkan Rusia dengan senjata serta bantuan lain, lapor Sputnik.
Jepun selaku Presiden G7 pada tahun ini turut akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak utama G7 di Hiroshima bermula 19 hingga 21 Mei.
-- BERNAMA