Mesir tuan rumah kepada Hamas dalam rundingan gencatan senjata baharu

Astro Awani
Disember 2, 2024 09:30 MYT
Hamas menegaskan bahawa sebarang perjanjian harus dimuktamadkan dengan Israel menamatkan perang. - Foto fail/REUTERS
KAHERAH: Pemimpin Hamas mengadakan rundingan dengan pegawai keselamatan Mesir pada Ahad dalam desakan baru untuk gencatan senjata dalam perang Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pula ditetapkan untuk mengadakan rundingan keselamatan mengenai perkara itu.
Lawatan Hamas ke Kaherah adalah yang pertama sejak Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan memulihkan usaha dengan kerjasama Qatar, Mesir dan Turkiye untuk gencatan senjata di Gaza termasuk perjanjian tebusan.
Penasihat keselamatan negara White House, Jake Sullivan berkata, beliau berpendapat peluang gencatan senjata dan perjanjian tebusan di wilayah Palestin kini lebih berkemungkinan.
Melalui beberapa pusingan rundingan sepanjang tahun lalu, Hamas menegaskan bahawa sebarang perjanjian harus dimuktamadkan dengan Israel menamatkan perang.
Manakala Israel berkata, perang akan berakhir apabila Hamas tidak lagi mentadbir Gaza atau menimbulkan ancaman kepada Israel.
#gencatan senjata #Hamas #Gaza #Israel
;