Mesir terima penduduk Gaza yang cedera melalui lintasan sempadan Rafah

Bernama
November 1, 2023 22:35 MYT
Hampir 500 pemegang pasport asing akan menyeberang ke Mesir selepas kemasukan kumpulan yang cedera. - Reuters
RAFAH: Mesir pada Rabu menerima penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang mengalami kecederaan melalui lintasan sempadan Rafah, satu-satunya pintu penghubung antara Mesir dan wilayah itu, menurut sumber keselamatan pada Rabu.
Lima yang cedera itu kini dalam perjalanan ke Hospital Arish di wilayah Sinai Utara, kata sumber itu yang enggan dikenali kepada Xinhua.
Beliau berkata kumpulan pertama sejumah 81 penduduk yang cedera akan memasuki Mesir hari ini.
Sementara itu, hampir 500 pemegang pasport asing akan menyeberang ke Mesir selepas kemasukan kumpulan yang cedera, menurut sumber itu.
Empat puluh ambulans melalui lintasan sempadan Rafah pada waktu pagi untuk memindahkan penduduk Palestin yang cedera, katanya sambil menambah kata bahawa Mesir menyediakan tiga kawasan di bandar Arish dan Shiekh Zuweid untuk menempatkan keluarga mangsa yang cedera,
Beliau berkata lapan hospital Mesir di Sinai Utara dan Kaherah bersedia untuk merawat mangsa yang cedera.
Sementara itu, kira-kira 70 trak membawa bantuan kemanusiaan melintas Rafah dalam perjalanan ke Gaza pada waktu pagi.
Pada Selasa, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly melawat lintasan sempadan Rafah untuk memantau proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
-- BERNAMA
#Mesir #Rafah #sempadan #Gaza #Palestin
;