Mesir sahkan kes pertama cacar monyet
Bernama
September 8, 2022 11:54 MYT
September 8, 2022 11:54 MYT
ISTANBUL: Mesir melaporkan kes pertama cacar monyet pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan seorang rakyatnya berusia 42 tahun, yang bermastautin di Eropah, kini telah dikuarantin di hospital.
Meskipun pesakit dilaporkan stabil, pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pemantauan kesihatan terhadap kontak rapat.
Cacar monyet ialah virus yang menyebabkan penyakit dengan simptom yang hampir serupa cacar, termasuk demam, ruam dan nodus limfa bengkak.
-- BERNAMA