Mesir runding untuk selesaikan krisis kemanusiaan di Gaza

Astro Awani
November 1, 2023 08:15 MYT
Anggota sukarelawan berdiri di hadapan trak yang membawa bantuan kemanusiaan di sempadan Rafah. - Foto AP
KAHERAH: Mesir kini berunding dengan semua pihak untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku di Gaza.
Menurut Perdana Menterinya Mostafa Madbouly, semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk membantu penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza.
"Mesir berunding di semua peringkat, termasuk kepimpinan politik Presiden Abdel Fattah El-Sisi, dan semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan nasib yang menimpa penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza," katanya.
Kenyataan ini dibuat ketika lawatan ke pintu sempadan Rafah.
Mostafa juga tegaskan satu-satunya cara mengembalikan keamanan adalah dengan penyelesaian dua negara.
Penghantaran bantuan menerui pintu sempadan Rafah dilaporkan semakin perlahan, susulan sistem pemeriksaan yang dipersetujui dengan Israel.
Di bawah peraturan itu, semua trak bantuan perlu melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki Gaza.
#krisis kemanusiaan #Gaza #Palestin #rejim Zionis
;