Mesir perlu sokongan Malaysia
Astro Awani
Ogos 27, 2013 16:06 MYT
Ogos 27, 2013 16:06 MYT
Draf pindaan perlembagaan Mesir kini di peringkat terakhir sebelum mendapatkan persetujuan rakyat menerusi satu referendum Mac depan.
Langkah itu bakal memberi laluan kepada kepada pilihan raya presiden dan parlimen.
Pensyarah Sains Politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Mohammad Selim berkata hala tuju politik negara itu juga sedang digariskan.
Dalam pada itu, katanya Malaysia juga boleh memainkan peranan dalam menyokong Mesir ke arah mengukuhkan demokrasi.
Tambah beliau, krisis pergolakan Mesir merupakan isu domestik dan tidak wajar dibincangkan di peringkat antarabangsa kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.
Mengenai perkembangan terkini di Mesir keadaan keselamatan di negara itu kini beransur pulih.