Mesir: Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati

Bernama
Julai 18, 2017 18:23 MYT
Mereka disabitkan bersalah oleh sebuah mahkamah jenayah di Damanhour kerana bersubahat dengan kumpulan haram, menyerang jabatan polis selain memiliki senjata api. - Gambar hiasan
Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Mesir pada Isnin kerana didapati bersalah menyerang balai polis Damanhour, Beheira di utara Kaherah pada 5 April 2015, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Timur Tengah (MENA).
Dua lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sementara 10 lagi dihukum penjara 10 tahun.
Mereka disabitkan bersalah oleh sebuah mahkamah jenayah di Damanhour kerana bersubahat dengan kumpulan haram, menyerang jabatan polis selain memiliki senjata api.
-- BERNAMA
#hukuman mati #Ikhwanul Muslimin #kumpulan haram #mahkamah #Mesir #senjata api
;