Mesir lakukan rombakan kabinet besar-besaran
Astro Awani
Januari 6, 2013 15:01 MYT
Januari 6, 2013 15:01 MYT
Mesir melakukan rombakan besar-besaran kabinet sebagai sebahagian syarat pakej Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pengumuman mengenainya akan dibuat pada hari ini.
Sekurang-kurangnya 10 portfolio akan terbabit pada rombakan kali ini.
Menurut laporan agensi berita MENA, Menteri Kewangan Mumtaz Al Said, yang sebelum ini bertanggungjawab mengadakan perbincangan untuk mendapatkan dana pinjaman USD4.8 billion dengan IMF akan diganti pakar kewangan El Sayed Hegazy.
Manakala Jeneral Mohammed Ibrahim yang sebelum menyandang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri memegang portfolio penuh kementerian berkenaan menggantikan Ahmed Gamaleddin.
Berdasarkan sumber tidak rasmi, sekurang-kurangnya tiga muka menteri baru terdiri daripada Parti Kebebasan dan Keadilan yang diteraju Presiden Mohamad Morsi.
26 Disember lalu, Presiden Morsi berkata beliau perlu melakukan rombakan kabinet kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Hisham Gandil.
Ia dibuat selepas referendum perlembagaan baru Mesir mendapat kelulusan.
Pembentukan barisan baru kabinet dibuat bagi menangani kemelut ekonominya yang berdepan dengan defisit bajet dan kejatuhan matawang Mesir dengan matawang pound.