Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Agensi
Disember 22, 2019 16:31 MYT
Disember 22, 2019 16:31 MYT
Pengurus syarikat restoran McDonald's di Peru hari ini memaklumkan kerosakan mesin minuman di premisnya menjadi punca kematian dua pekerja yang bertugas pada minggu lalu.
Pihak syarikat itu melaporkan kepada media tempatan bahawa mesin minuman di premis tersebut mengalami gangguan elektrik sehingga menyebabkan berlakunya renjatan elektrik.
"Mesin itu tidak berfungsi dan aduan kerosakan bagi membaikinya tidak dilakukan,” jelas José Andrade selaku pengurus restoran Mcdonald’s Arcos Dorados.
Susulan itu, ahli keluarga dan kenalan mangsa telah berkumpul dan melakukan bantahan di hadapan McDonald's kerana tidak berpuas hati dengan kecuaian pihak pengurusan restoran itu.
Terdahulu, dua orang pekerja restoran, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu menjalankan tugas pembersihan dapur.
Susulan itu juga, McDonald's telah menutup kesemua 29 cawangan restorannya di Peru.
Jurucakap Dorados dalam kenyataan itu turut berkata pihaknya sedih dengan kematian dua pekerja terbabit dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.