Meriah! Pokok Krismas gergasi dinyalakan di Tasik Rio de Janeiro
Agensi
Disember 25, 2019 17:14 MYT
Disember 25, 2019 17:14 MYT
Pokok Krismas yang paling terkenal di Rio de Janeiro, Brazil dinyalakan dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan itu sehingga 6 Januari tahun depan.
Lapor agensi berita AP, ribuan orang awam berkumpul di sekitar Rodrigo de Freitas Lagoon hanya untuk menyaksikan pokok setinggi 70 meter itu dinyalakan dengan kerdipan lampu cantik yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama tujuh minit.
Salah seorang pengunjung yang menonton acara itu Bianca Caronesi, berkata bahawa pokok yang terkenal itu merupakan pembawa harapan kepada orang penganut agama Kristian.
Ia merupakan acara kebudayaan ketiga terbesar di Rio de Janeiro, selain sambutan ambang malam tahun baru dan acara Karnival Rio.
Nyalaan pokok berkenaan menandakan permulaan perayaan Krismas di ibu kota Brazil itu.
Pokok itu diterangi oleh 900 ribu lampu LED dan ia akan dihidupkan setiap malam sehingga 6 Januari depan.