Mercu tanda dunia bergelap sempena Earth Hour

Agensi
Mac 24, 2018 07:28 MYT
Sambutan Earth Hour di Rom yang menyaksikan bangunan ikonik, Colosseum bergelap selama sejam bermula 8.30 malam waktu tempatan. - Foto REUTERS
SELURUH dunia bergelap apabila jutaan orang di 7,000 bandar dari 187 buah negara mengambil bahagian dalam sambutan Earth Hour yang disambut 24 Mac 2018.
Lampu di beberapa bangunan ikonik dunia dipadamkan selama sejam bermula 8.30 malam waktu tempatan sebagai tanda sokongan kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran dunia tentang perubahan iklim.
Di Rom, Itali, bangunan Colosseum bergelap selama 60 minit dalam usaha menyokong kelestarian bumi.
Manakala di Paris, Menara Eiffel bergelap bermula 8.30 malam dalam acara menutup lampu mercu tanda Paris itu yang turut disertai Datuk Bandar Anne Hidalgo.
Selain Menara Eiffel, lebih 300 bangunan di bandar itu turut serta bergelap sebagai tanda solidariti.
Mercu tanda lain yang turut menyertai acara bergelap itu termasuk bangunan Empire State di New York dan Sydney Opera House di Australia.
Earth Hour dilancarkan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 2007.
#Colosseum #Earth Hour #Empire State #Menara Eiffel #Paris #Sydney Opera House #WWF
;