Menyamar jadi polis, letupkan diri, 17 maut
Agensi
Disember 14, 2017 19:17 MYT
Disember 14, 2017 19:17 MYT
17 terbunuh apabila seorang pengebom bunuh diri yang menyamar sebagai anggota polis menyerang sebuah akademi polis di Somalia.
Penyerang itu bertindak menyertai anggota polis yang sedang membuat latihan berkawad, kemudian meletupkan dirinya.
20 orang turut tercedera dalam kejadian berkenaan.
Kejadian berlaku di Akademi Polis General Kahiye.
Penyerang mensasarkan anggota polis yang sedang melakukan latihan untuk Hari Polis Somalia pada 20 Disember ini.
Kumpulan pengganas al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.