Menteri Ukraine terkorban dalam nahas helikopter

Agensi
Januari 18, 2023 16:58 MYT
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denis Monastryrsky, serta timbalannya, menurut media tempatan yang memetik jurucakap polis. - fotoREUTERS
KYIV: Menteri Dalam Negeri Ukraine dan pegawai-pegawai kanan kementerian antara 18 terkorban dalam nahas helikopter di timur Kyiv.
Menurut Ketua Polis Negara Ukraine, helikopter terbabit terhempas di bandar Brovary pada pagi Rabu.
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denis Monastryrsky, serta Timbalannya, menurut media tempatan yang memetik jurucakap polis.
Gabenor Kyiv berkata, sebuah helikopter terhempas berhampiran sebuah tadika dan sebuah bangunan kediaman.
Terbaharu, tiga kanak-kanak turut dilaporkan terkorban dalam nahas itu, manakala 10 mangsa dihantar ke hospital.
#Menteri Dalam Negeri Ukraine #Denis Monastrysky #nahas helikopter #bandar Brovary
;