Menteri Tenaga EU setuju langkah kecemasan

Bernama
September 30, 2022 07:30 MYT
Perjanjian itu melibatkan pengurangan mandatori permintaan elektrik pada waktu puncak. - Gambar hiasan
BRUSSELS: Menteri Tenaga Kesatuan Eropah (EU) bersetuju pada Jumaat untuk mengenakan cukai hasil ke atas syarikat tenaga serta mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu puncak, lapor Agensi Anadolu.
Para pemimpin berkenaan mencapai persetujuan politik mengenai langkah menangani harga elektrik yang tinggi," kerajaan Czech, yang mengambil alih jawatan presiden Majlis EU, mengumumkan di akaun Twitter rasminya.
Perjanjian itu melibatkan pengurangan mandatori permintaan elektrik pada waktu puncak, memperkenal sumbangan atas semangat perpaduan untuk pengeluar bahan api fosil, dan mengehadkan pendapatan syarikat yang menghasilkan elektrik pada kos rendah, seperti pengeluar nuklear atau tenaga boleh baharu.
Keputusan itu bagaimanapun masih belum diterima secara rasmi walaupun persetujuan politik itu dicapai.
-- BERNAMA
#Kesatuan Eropah #EU #cukai #syarikat tenaga
;