Menteri Sukan Jerman tandatangani perjanjian untuk bida Olimpik 2040

Bernama
Ogos 2, 2024 12:50 MYT
Faeser berkata, bandar-bandar seperti Berlin, Leipzig, Munich, Hamburg, dan wilayah Rhine-Ruhr ingin menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. - Facebook Nancy Faeser
PARIS: Kerajaan Jerman secara rasmi telah membuka jalan untuk membida Sukan Olimpik Jerman bagi tahun 2040.
Menteri Dalam Negeri dan Sukan Nancy Faeser menandatangani perjanjian asas dengan Konfederasi Sukan Olimpik Jerman (DOSB) serta negeri-negeri persekutuan dan bandar-bandar yang berminat dalam bidaan itu pada Sukan Olimpik Paris 2024, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Berlin, Leipzig, Munich, Hamburg, dan wilayah Rhine-Ruhr ingin menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tetapi usaha bersama dengan dua pembida adalah satu kemungkinan besar.
DOSB tertarik dengan tawaran untuk tahun 2036, 100 tahun selepas Sukan Olimpik 1936 di Berlin, tetapi tahun 2040 kini kelihatan lebih bernas.
"Kami mahu satu lagi temasya sukan di tanah air untuk atlet Jerman kami. Kerajaan bersatu di belakang bidaan baharu Jerman untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik.
Kami mahu memanfaatkan peluang besar yang ditawarkan oleh Sukan Olimpik untuk perpaduan kita, ekonomi kita dan untuk sukan," kata Faeser dengan merujuk kepada Kejohanan Bola Sepak Eropah lelaki 2024 yang baru-baru ini diadakan di Jerman.
Presiden DOSB, Thomas Weikert berkata tahun 2040 akan menjadi "pilihan yang baik" kerana ia adalah 50 tahun selepas penyatuan semula Jerman. Faeser menekankan bahawa ini akan menjadi "simbol yang kuat" di sebalik tawaran itu.
-- BERNAMA
#tuan rumah #olimpik 2040 #Jerman #pembidaan #Nancy Faeser