Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg

Bernama
Disember 16, 2024 22:22 MYT
Tan Seng Leng (kiri) dan K Shanmugam akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka. - Facebook Tan Seng Leng, K Shanmugam.
SINGAPURA: Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan terhadap Bloomberg berikutan penerbitan rencana pada 12 Disember lalu yang mereka sifatkan sebagai "rencana berunsur fitnah."
Menteri Undang-Undang merangkap Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menerusi hantaran berasingan di Facebook berkata bahawa mereka akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.
"Kami juga akan mengambil tindakan serupa terhadap pihak lain yang menerbitkan kenyataan fitnah berkaitan urusan berkenaan. Kami memandang serius tuduhan ini," menurut hantaran kedua-dua menteri itu di Facebook pada Isnin.
Rencana bertajuk "Singapore Mansion Deals Are Increasingly Shrouded in Secrecy" yang diterbitkan Bloomberg itu melaporkan kononnya bagaimana golongan kaya-raya di Singapura membeli banglo mewah secara rahsia.
Artikel itu, antara lain turut menyentuh urusan hartanah oleh kedua-dua menteri.
-- BERNAMA
#Singapura #fitnah #Bloomberg #hartanah #golongan kaya singapura
;