Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon bakal letak jawatan

Agensi
Februari 15, 2023 18:22 MYT
Sturgeon menjadi Menteri Pertama paling lama berkhidmat di Scotland. - Gambar fail
Nicola Sturgeon bakal meletak jawatan sebagai Menteri Pertama Scotland selepas lapan tahun berkhidmat, lapor BBC pada Rabu.
Tarikh peletakan jawatannya tidak dapat dikenal pasti, kata partinya, Scottish National Party.
Sturgeon dilaporkan akan mengadakan sidang media di Edinburgh, United Kingdom dalam masa terdekat.
Sturgeon dilantik menjadi Perdana Menteri pada November 2014, mengambil alih Alex Salmond, berikutan pelaksanaan referendum kebebasan di Scotland.
Sturgeon menjadi PM paling lama berkhidmat di Scotland.
#Perdana Menteri Scotland letak jawatan #nicola sturgeon #Scottish National Party #Alex Salmond
;