Menteri Pertahanan Pakistan bidas kenyataan Menteri Britain tentang Palestin

Bernama
Ogos 9, 2022 03:02 MYT
Dalam ucapannya mengenai serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza, Liz Truss merujuk kepada "korban di kedua-dua belah pihak" dan mengutuk serangan "kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam." - Gambar fail
NEW DELHI: Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif membidas kenyataan pro-Israel Setiausaha Luar Britain, Liz Truss.
Dalam ucapannya mengenai insiden pengeboman terbaharu Israel di Semenanjung Gaza, Truss merujuk kepada "korban di kedua-dua belah pihak" dan mengutuk serangan "kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam," menerusi ciapan oleh Pejabat Luar dan Komanwel pada Sabtu.
"UK menyokong Israel, dan haknya untuk mempertahankan diri," kata menteri Britain itu.
Tentera Israel telah membunuh lebih 40 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, dan mencederakan ratusan orang menerusi serangan udara di Gaza.
Menteri Pakistan dalam ciapannya di Twitter pada Isnin mengecam kenyataan Truss kerana berpihak kepada Israel.
"Menyokong apartheid, dan negara pengganas menjadikan anda bersekongkol dalam jenayah Pendudukan.
"Satu abad sejak Deklarasi Balfour, kezaliman tiada penghujung. Palestin terus berdarah," kata Asif.

Standing by an apartheid, terrorist state makes you complicit in the crimes of Occupation. A century since the original sin of Balfour Declaration, with no end to the inhumanity in sight. Palestine continues to bleed. pic.twitter.com/PyDC74qaU3

— Khawaja M. Asif (@KhawajaMAsif) August 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Deklarasi Balfour, yang dibuat oleh setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, adalah ikrar bertulis oleh Britain pada 1917 untuk mewujudkan "tanah air bagi Yahudi" di Palestin walaupun jumlah orang Yahudi kurang 10 peratus daripada populasi penduduknya.
-- BERNAMA
#Khawaja Asif #Liz Truss #Israel #Gaza