Menteri Pertahanan Israel nafi ejen Mossad bunuh Dr Fadi

Agensi
April 22, 2018 16:03 MYT
Dr Fadi al-Batsh, seorang pensyarah ditembak mati pagi semalam ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh. - Gambar fail- Foto REUTERS/Mohammed Salem
Menteri Pertahanan Israel, Minister Avigdor Lieberman hari ini menolak dakwaan yang mengaitkan pembunuhan seorang imam warga Palestin pada pagi Ahad di Kuala Lumpur adalah angkara agensi perisikan Yahudi, Mossad.
Dr Fadi al-Batsh, 35 tahun, seorang pensyarah ditembak mati pagi semalam ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, Fadi maut selepas terkena 10 das tembakan.
Susulan itu pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh dalam reaksinya mendakwa pembunuhan saintis muda itu didalangi oleh ejen perisikan Israel, Mossad.
Lieberman sebaliknya mendakwa Fadi telah dibunuh susulan persengketaan dalaman di dalam parti Hamas itu sendiri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Sabtu berkata dua suspek yang yang menembak Fadi dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi perisikan sebuah negara.
"Beliau (mangsa) yang merupakan pemastautin tetap di negara ini dipercayai menjadi liabiliti sebuah negara yang bermusuhan dengan Palestin," katanya.
#Fadi al-Batsh #Hamas #Israel #Kuala Lumpur #mangsa #mati #Mazlan Lazim #menteri #Mossad #Perdana Menteri #polis #suspek #tembakan #Timbalan Perdana Menteri #Yahudi #Zahid Hamidi
;