Menteri Perhubungan Indonesia disahkan positif COVID-19

Bernama
Mac 14, 2020 23:19 MYT
Budi Karya Sumadi dinyatakan sebagai kes positif ke-76 di Indonesia. - Reuters
Seorang menteri di Indonesia disahkan positif COVID-19.
Menteri Perhubungan (Pengangkutan) Budi Karya Sumadi dinyatakan sebagai kes positif ke-76 dan kini dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.
Pengesahan kes itu dibuat Menteri Sekretaris Negara Indonesia Prof Dr Pratiknodalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan, malam ini.
"Atas izin (kebenaran) keluarga, (kes ke-76) yang dimaksudkan (adalah) Pak Budi Karya Sumadi (Menteri Perhubungan)," kata Pratikno.
Budi Karya, 63, menjawat jawatan itu sejak 2016.
Sejak Indonesia mencatatkan kes positif pertama pada 2 Mac lepas, jumlah kes setakat hari ini sebanyak 96 kes, dengan lima kes kematian dicatatkan setakat malam ini.
-- BERNAMA
#Budi Karya Sumadi #COVID19 #Indonesia #jangkitan #kesihatan #koronavirus #Menteri Perhubungan #penyakit #wabak
;