Menteri Luar Turki kesal sikap tidak bertanggungjawab Bashar

Astro Awani
Januari 7, 2013 08:40 MYT
Turki mengkritik hebat ucapan terbaru Presiden Syria, Bashar Assad sambil menyifatkan pemimpin tertinggi negara itu tidak memahami aspirasi sebenar rakyat negaranya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu kesal dengan sikap Bashar yang nampaknya tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku di Syria.
Ahmet turut mempersoalkan legitimasi kerajaan Bashar sambil menegaskan, sebuah kerajaan tidak menggunakan kekerasan ke atas rakyat mereka.
Kritikan terbaru Ankara terhadap Damsyik jelas menunjukkan hubungan baik Ankara-Damsyik sudah jauh berubah.
Turki merupakan sekutu kepada Syria dan menyokong kepimpinan Bashar ketika gerakan antikerajaan bermula kira-kira 22 bulan lalu.
Bagaimanapun, Turki berpaling tadah dan menyokong gerakan antikerajaan selepas lebih daripada 60,000 penduduk awam terkorban dalam konflik itu.
#Ahmet Davutoglu #Bashar Assad #menteri luar turki #Syria
;