Menteri Luar Rusia dihantar ke hospital sebaik tiba di Bali
Agensi
November 14, 2022 17:34 MYT
November 14, 2022 17:34 MYT
MENTERI Luar Rusia, Sergey Lavrov dilaporkan dibawa ke hospital sejurus tiba di Bali, Indonesia pada Ahad malam.
Menurut laporan Sky News, pihak berkuasa Bali mengesahkan Lavrov menerima rawatan yang dipercayai berkaitan jantung.
Kedutaan Rusia bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keadaan Lavrov.
Lavrov tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada Ahad malam bagi mengikuti Persidangan G20 di pulau peranginan itu.
Beliau mewakili Presiden Vladimir Putin dalam persidangan berkenaan.
Selain delegasi Rusia, persidangan berkenaan bakal dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping.