Menteri Luar Rusia akan lawat Pyongyang bulan depan

Bernama
September 24, 2023 04:03 MYT
Lavrov berkata lawatan itu berikutan perjanjian antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Vladimir Putin. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Menteri luar Rusia akan melawat Korea Utara bulan depan sebagai sebahagian daripada langkah susulan kepada sidang kemuncak antara pemimpin kedua-dua negara baru-baru ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menteri berkenaan Sergey Lavrov membuat kenyataan itu pada sidang media di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Beliau berkata lawatan itu berikutan perjanjian antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Vladimir Putin.
Pada 13 Sept lalu, Kim dan Putin mengadakan sidang kemuncak di pelabuhan angkasa Rusia, mencetuskan spekulasi Korea Utara mungkin telah mencapai perjanjian membekalkan peluru untuk perang Rusia di Ukraine sebagai pertukaran kepada bantuan makanan dan pemindahan teknologi senjata.
-- BERNAMA
#Menteri Luar Rusia #lawat Pyonyang #Sergey Lavrov #Korea Utara