Menteri Luar Israel didesak letak jawatan (Video)

Astro Awani
Disember 14, 2012 15:40 MYT
Selepas berdepan tuduhan pecah amanah, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman didesak letak jawatan.
Perkembangan itu mencetuskan kekalutan ketika calon sibuk berkempen untuk pilihan raya yang bakal berlangsung Januari ini.
Lieberman bagaimanapun enggan berbuat demikian dan tindakannya itu disokong Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Menteri luar Zionis itu menafikan sebarang salah laku dan mendakwa siasatan terhadapnya adalah usaha menjatuhkannya.
Lieberman merupakan pemimpin Yisrael Beitenu, parti Ultranasionalis yang popular di kalangan pendatang bekas Kesatuan Soviet.
Dia terkenal kerana kelantangan mempersoalkan kesetiaan golongan minoriti arab Israel, mengkritik Palestin dan dengan angkuh menjawab semua kritikan terhadap polisi luar negara Zionis itu.
Parti pimpinannya menjadi sekutu kuat parti Likud yang dijangka membentuk blok terbesar dalam parlimen.
Namun desakan terbaru ini bakal menjejaskan sokongan terhadap pakatan berkenaan.
#Avigdor Lieberman #Israel #Yisrael Beitenu
;