Menteri Luar G7 ikrar tangani cabaran global melalui tindakan kolektif

Bernama
April 18, 2023 16:36 MYT
Para diplomat tertinggi menyeru semua rakan kongsi untuk saling menangani cabaran global. - Bernama
KARUIZAWA: Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) pada Selasa berikrar untuk menangani cabaran global, termasuk perubahan iklim, pencemaran, biodiversiti, kesihatan, dan keselamatan makanan serta tenaga melalui tindakan kolektif.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tiga hari di bandar peranginan Karuizawa, Jepun, para diplomat tertinggi menyeru semua rakan kongsi untuk saling menangani cabaran global dan bekerjasama untuk membina negara yang lebih baik, makmur dan selamat demi masa depan, lapor Xinhua.
Para menteri juga komited untuk mempromosikan perdagangan bebas dan adil, sambil menyatakan bahawa ia adalah kunci kepada pembangunan berdaya tahan dan mampan untuk semua.
Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi dan rakan sejawat G7 tiba di Karuizawa petang Ahad bagi menghadiri mesyuarat menteri-menyeri luar, sebelum sidang kemuncak G7 yang akan diadakan di Hiroshima pada Mei.
-- BERNAMA
#Menteri Luar #G7 #perubahan iklim #Keselamatan makanan #Jepun
;