Menteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds

Bernama
Oktober 21, 2023 09:29 MYT
Persatuan Bulan Sabit Merah yang mengendalikan Hospital Al Quds telah diberi notis agar mengosongkan hospital itu. - Gambar/ Sinar Harian
RAMALLAH (Palestin): Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.
"Amat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi mengelak tragedi yang menimpa Hospital Arab Al Ahli pada Selasa lepas berulang," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita WAFA.
Beliau berkata Persatuan Bulan Sabit Merah yang mengendalikan Hospital Al Quds telah diberi notis agar mengosongkan hospital itu.
Ketika ini, Hospital Al Quds menampung lebih 400 pesakit dan kira-kira 12,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #Hospital Al Quds #serangan Israel #Mai Alkaila