Menteri Kesihatan Bolivia positif COVID-19
Astro Awani
Julai 5, 2020 07:00 MYT
Julai 5, 2020 07:00 MYT
Menteri Kesihatan Bolivia, Eudy Roca disahkan positif COVID-19.
Berita itu disahkan Kementerian Kesihatan Bolivia ketika peningkatan mendadak kes positif virus yang memberi tekanan di hospital dan tanah perkuburan di negara Amerika Selatan itu.
Presiden Sementara Bolivia, Jeanine Anez dalam ciapan Twitternya berkata perjuangan melawan virus diteruskan tanpa henti dan beliau berharap Roca cepat sembuh.
Negara yang mempunyai 11.5 juta penduduk itu mencatatkan 38,000 kes positif dan 1,378 kematian.
Kes harian di Bolivia menjadikan negara itu antara negara paling teruk terjejas.
Amerika Latin telah menjadi pusat penularan koronavirus di mana negara-negara seperti Brazil, Chile, Mexico dan Peru terjejas teruk.
Argentina dan Bolivia pula menyaksikan peningkatan kes baharu sejak beberapa minggu ini.
Kementerian Kesihatan Bolivia menjangka kemuncak jangkitan akan melanda di antara bulan Ogos dan September.
#Argentina
#Brazil
#Chile
#COVID-19
#Eudy Roca
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#koronavirus
#Mexico