Menteri kabinet popular Perancis nafi terlibat serangan seksual
Agensi
Februari 8, 2018 04:53 MYT
Februari 8, 2018 04:53 MYT
Seorang menteri dalam kabinet Presiden Perancis Emmanuel Macron, menafikan spekulasi yang dia terlibat dalam serangan seksual.
Dakwaan ini melibatkan Menteri Alam Sekitar, Nicolas Hulot, salah seorang menteri popular dalam kabinet Macron.
Hulot bagaimanapun menafikan melakukan serangan itu.
Perdana Menteri Edouard Philippe menegaskan tiada sebab untuk meragui penafian Hulot.
Dakwaan salah laku ini timbul dua minggu selepas seorang lagi anggota kabinet Macron dituduh merogol.
Bulan lalu, pendakwa raya membuka inkuiri dakwaan serangan ke atas Menteri Kewangan Gerarl Darmanin.
Ini selepas seorang wanita yang pernah menjadi teman sosial dakwa Darmanin memaksa beliau mengadakan hubungan seksual pada 2009, sebagai ganjaran membantu wanita itu membersihkan namanya dalam satu kes sivil.
Dakwaan itu difailkan sejurus pilihan raya presiden yang berlangsung pada Mei 2017.
Siasatan bagaimanapun ditutup selepas wanita berkenaan gagal hadir memberi keterangan kepada polis.
Peguam Darmanin mendakwa tuduhan sebagai satu cubaan mencalarkan reputasi anak guamnya.