Menteri Jepun letak jawatan ekoran skandal alat solek

AFP
Oktober 20, 2014 09:45 MYT
Yuko Obuchi meletak jawatan susulan dakwaan membelanjakan sumbangan politik untuk pembelian alat solek.
Menteri Industri Jepun meletak jawatan Isnin berhubung dakwaan membelanjakan sumbangan politik untuk pembelian alat solek dan aksesori yang tidak berkaitan dengan politik.
Yuko Obuchi, nama yang disebut-sebut sebagai berpotensi menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara itu, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pertemuan selama 30 minit, lapor NHK dan agensi berita Jiji Press.
Abe menerima perletakan jawatan beliau, menurut Jiji.
Obuchi berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.
Beliau menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan sejak Abe mengambil alih tampuk pemerintahan pada Disember 2012.
#Abe #alat solek #letak jawatan #mekap #menteri industri #Yuko Obuchi
;