Menteri Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia
Bernama
Julai 1, 2022 23:04 MYT
Julai 1, 2022 23:04 MYT
JAKARTA: Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta.
Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.
Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada 6 petang.
Tjahjo ialah kader Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung dari 2010 hingga 2014.
-- BERNAMA
#menteri Indonesia
#Tjahjo Kumolo
#Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia
#Hospital Abdi Waluyo
#meninggal dunia
#Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan