Mentega kacang ada skru besi ditarik balik

Agensi
Mei 7, 2018 20:42 MYT
Isu tentang mentega kacang tersebut terdahulu dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna, Sharon Foo, pada Mac lalu. - Facebook/Sharon Foo
MENTEGA kacang jenama Singlong ditarik semula di Singapura selepas satu skru besi dijumpai dalam salah satu botol produk tersebut.
Menurut Penguatkuasa Makanan-Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA), selepas menjalankan analisa bersama pengimport produk tersebut, skru besi yang dijumpai berkemungkinan tercampur semasa proses pembuatan.
Singlong merupakan jenama yang diimport dari China.
Memetik laporan media Singapura, mentega kacang tersebut telah ditarik semula di seluruh republik itu.
Bekas yang terjejas adalah antara produk yang baik diguna sebelum tarikh 25 Jan 2019 dengan berat 340g sebotol.
Pembeli dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut jika sudah dibeli.
#China #mentega kacang #peanut butter #Singapura #Singlong #skru besi
;