Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah

Astro Awani
Julai 16, 2024 23:50 MYT
Menendez ketika tika di Mahkamah Persekutuan Manhattan bagi menghadapi pertuduhan menerima rasuah. - Foto REUTERS
NEW YORK: Senator tertinggi Amerika Syarikat (AS), Bob atau Robert Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Serentak keputusan itu, Menendez berkata bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan selepas keputusan berkenaan.
Ahli Parlimen New Jersey dan seorang tokoh berpengaruh dalam parti Demokrat ini didakwa atas kesalahan mengambil bahagian dalam skim rasuah.
Pihak pendakwaan juga mendakwa isteri Menendez dan tiga individu lain dengan jenayah berkaitan dengan rasuah.
Menendez telah didakwa menerima ratusan ribu dolar dalam bentuk tunai, jongkong emas, pembayaran kereta dan pembayaran gadaian.
Tuduhan lain ialah cuba mempengaruhi siasatan jenayah melibatkan dua ahli perniagaan lain, Fred Daibes dan Jose Uribe.
Uribe dan Daibes adalah defendan bersama dalam perbicaraan berkenaan dan turut disabitkan bersalah atas setiap pertuduhan yang mereka hadapi.
Uribe mengaku bersalah dan memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan terhadap Menendez.
Hakim daerah, Sidney Stein menetapkan hukuman Menendez pada 29 Oktober, seminggu sebelum pilihan raya 5 November di mana belaiu akan bertanding sebagai calon bebas dalam usaha untuk mentadbir selama enam tahun lagi di senat.
Bagaimanapun ketika ini, tekanan meningkat untuk Menendez meletakkan jawatan.
Gabenor New Jersey Phil Murphy, seorang Demokrat, berkata bahawa jika Menendez enggan meletak jawatan, senat harus mengundi untuk memecatnya.
Murphy akan menamakan pengganti Menendez jika senator itu meletakkan jawatan.
#Robert Menendez #Rasuah #senator #Demokrat