Menari 'shuffle' bersama guru besar
Agensi
Januari 22, 2019 11:53 MYT
Januari 22, 2019 11:53 MYT
Pelajar dari sekolah rendah Xi Guan, China diarahkan untuk menari bersama guru besar ketika waktu rehat.
Arahan tersebut dikeluarkan guru besarnya, Zhang Pengfei untuk sekolah di Wilayah Shanxi utara China pada 15 Januari.
Zhang sanggup mempelajari tarian shuffle itu sendiri sebelum mengajarkannya kepada pelajar di sekolah.
Bagi Zhang, aktiviti ini sebagai langkah penting bagi memastikan pelajarnya aktif dalam aktiviti luar dan bersifat fizikal.
Katanya lagi, kebanyakan pelajar di sekolah berkenaan terlalu asyik bermain bersama gajet pintar, lalu tarian shuffle dianggap sebagai kaedah terbaik dalam mendidik.