Menari sambil mengarahkan laluan trafik.

Demikian tradisi yang dimulakan seorang polis trafik di bandar, Rhode Island, Amerika Syarikat setiap tahun menjelang sambutan Krismas.

Setiap kali menyambut Krismas inilah pemandangan yang dapat dilihat pengguna jalan raya di Providence.



Tony menari sambil menjaga laluan trafik di Providence


Tradisi ini dimulakan Tony Lepore, 64 tahun ketika dia sedang menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis trafik pada 1984.

Atas sokongan orang ramai, tradisi itu diteruskan sehingga ke hari ini biarpun dia telah berhenti kerja 27 tahun lalu.

Saban tahun, Tony akan mendaftar sebagai polis simpanan dan melakukan adegan ini untuk 10 hari berturut-turut semasa Krismas.