Menara isyarat telekomunikasi baharu dibina di utara Afghanistan

Bernama
Jun 22, 2023 10:00 MYT
Diperbadankan pada 2013, Salaam Telecommunication Network beroperasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat negara bagi menyediakan penyelesaian telekom di seluruh Afghanistan. - Facebook Salaam Network
FAIZABAD: Menara isyarat komunikasi yang pertama seumpamanya dibina di Wakhan, kawasan terpencil di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan, membolehkan penduduk tempatan menghubungi keluarga dan rakan di luar kampung halaman, kata seorang pegawai tempatan.
Syarikat komunikasi tempatan, Salaam Telecommunication Network, memasang antena menara isyarat di kawasan itu yang akan membolehkan penduduk yang tinggal di Wakhan dan sekitarnya mendapat akses kepada perkhidmatan suara dan data 3G, kata pengarah wilayah bagi maklumat dan budaya Qari Maazudin Ahmadi kepada Xinhua pada Rabu .
"Ini merupakan langkah yang baik ke arah pembangunan, dan banyak lagi usaha sedang dilaksanakan untuk wilayah Wakhan dan Pamir," kata pegawai itu.
Diperbadankan pada tahun 2013, Salaam Telecommunication Network beroperasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat negara bagi menyediakan penyelesaian telekom di seluruh Afghanistan.
-- BERNAMA
#Afghanistan #menara isyarat komunikasi #Salaam Telecommunication Network #3G
;