Menara hijau di Paris menjelang 2050?

AFP RELAXNEWS
Januari 12, 2015 17:10 MYT
Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050. -Vincent Callebaut Architectures
Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.
"2050 Paris Smart City" merupakan satu projek penyelidikan dan pembangunan untuk Dewan Bandaraya Paris oleh Vincent Callebaut Architectures.
Ia mempunyai lapan bangunan tinggi yang mengitar semula tenaga mereka dengan sendiri dalam masa singkat melalui satu sistem inovatif.
Bangunan-bangunan yang terdapat di daerah ini termasuk "Mountain Towers", yang menggabungkan solar, hidrodinamik, dengan menggunakan sistem penyaman udara bio.
“Antismog Towers” di daerah ke-14 digambarkan sebagai “koridor ekologi” sepanjang 23 km.
Sebuah kompleks yang dipanggil “Photosynthesis Towers” di daerah ke-15, yang akan dibina dalam lingkaran menegak menampilkan algae hijau manakala “BambooNest Towers” menampilkan tanaman.
#bandar hijau #Paris
;