AS Memilih: Republikan kekal kuasai Senat AS - Trump

Bernama
November 6, 2020 02:45 MYT
Donald Trump meninggalkan sidang media selepas bercakap mengenai pilihan raya presiden AS 2020 di bilik taklimat media Brady di White House, Washington, 5 Nov, 2020. REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam sidang media pada Khamis malam mendakwa Republikan masih kekal menguasai Senat.
"Kami mempertahankan Senat malah mempunyai dua kali lebih banyak kerusi untuk dipertahankan berbanding Demokrat," lapor agensi berita Sputnik.
Trump menambah Republikan di Dewan Perwakilan juga tidak tewas dalam perlumbaan mereka pada pilihan raya AS 2020 sebaliknya memperoleh kejayaan.
-- BERNAMA
#pilihan raya AS 2020 #Senat #Republikan #Donald Trump #Amerika Syarikat #pilihan raya #presiden #tewas