AS Memilih: Pengiraan undi pos di Pennsylvania masih berlangsung
Agensi
November 4, 2020 06:44 MYT
November 4, 2020 06:44 MYT
PENNSYLVANIA: Penghitungan dan perkiraan undi pos di Pennsylvania masih berjalan.
Tinjauan mendapati pekerja dan pemerhati pusat mengundi dilihat masih bekerja keras dalam proses pengiraan paling panjang di Pilihan Raya Presiden kali ini.
Proses demokrasi tersebut juga menyaksikan jumlah pengundi lebih tinggi di Pennsylvania daripada sebelumnya.
Keputusan negeri untuk memperluas pengundian pos juga memberi kesan kepada pengiraan undi yang mengambil masa yang lama sebelum menentukan adakah Donald Trump dapat mengekalkan kemenangannya di negeri ini empat tahun lepas.
Beberapa daerah di Pennsylvania yang paling padat penduduknya -- termasuk Philadelphia dan pinggir bandar seperti Montgomery, Chester, Bucks dan Delaware -- telah menjadualkan undi.
Pittsburgh di daerah Allegheny memaklumkan akan meneruskan pengiraan pada pukul 10 pagi waktu tempatan.
Menurut data terkini, lebih daripada 900,000 undi pos belum lagi dikira.
Untuk rekod, Pennsylvania menawarkan 20 undi elektoral.