AS Memilih: 'Kita masih boleh menunggu, Clinton masih belum mengaku kalah - Podesta
Agensi
November 9, 2016 15:34 MYT
November 9, 2016 15:34 MYT
Pemenang dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat di antara Donald Trump dan Hillary Clinton masih belum ada keputusannya, malah terus sengit dengan pemenangnya masih terbuka, kata Pengerusi kempen Clinton, John Podesta ketika berucap di New York.
Trump ketika ini semakin menghampiri angka 270 undi wilayah atau electoral votes yang diperlukan untuk melangkah ke White House, namun Clinton masih mempunyai peluang tipis untuk mengatasinya dengan pengiraan undi berterusan di Pennsylvania, Michigan and Wisconsin.
“Mereka masih mengira undi, setiap undi harus dikira. Beberapa negeri masih terlalu awal untuk mendapatkan keputusan. Maka, tiada apa lagi yang ingin kami katakana malam ini,” kata Podesta yang memberikan gambaran yang Clinton tidak akan tampil untuk mengaku kalah beberapa jam lagi.
Kata Podesta, “Clinton telah melaksanakan tugas menakjubkan, dan dia masih belum berputus asa."