AS Memilih: Keputusan di Pennsylvania dijangka Jumaat

Bernama
November 6, 2020 11:04 MYT
Para aktivis berpakaian sebagai White House, bangunan Philadelphia City Hall dan peti surat United States Postal Service (USPS) dilihat di Philadelphia, Pennsylvania, 5 Nov, 2020. REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Negeri Pennsylvania Kathy Boockvar dalam sidang akhbar berkata persaingan presiden Amerika Syarikat sangat rapat untuk diisytiharkan pemenang, tetapi keputusan akhir dijangkakan pada Jumaat, lapor agensi berita Sputnik.
"Ia sangat rapat di Pennsylvania dan ini bermakna akan memakan masa lebih lama untuk siapakah pemenangnya... Sebahagian besar undi akan dikira pada Jumaat," kata Boockvar pada Khamis malam.
Pennsylvania mempunyai 20 undi elektoral dipercayai penyumbang penting dalam pilihan raya presiden 2020.
-- BERNAMA
#Pennsylvania #AS memilih #pilihan raya presiden #Amerika Syarikat #Kathy Boockvar #undi elektoral
;