AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar

Bernama
November 7, 2020 09:30 MYT
Jim Kenney bercakap pada sidang media Pusat Konvensyen Pennsylvania ketika pengiraan undi masih berjalan pada hari ketiga selepas pilihan raya presiden AS, di Philadelphia, 6 Nov, 2020. REUTERS
WASHINGTON: Tuduhan Presiden Donald Trump mengenai adanya penipuan pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) di Philadelphia adalah tidak berasas, kata Datuk Bandar Jim Kenney dalam sidang media Jumaat, lapor agensi berita Sputnik.
"Beberapa pihak termasuk presiden terus buat dakwaan mengenai penipuan ... tetapi pasukannya tidak kemukakan sebarang bukti. Apa yang kita lihat di Philadelphia adalah demokrasi,” kata Kenney.
Kempen Trump pada Khamis mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap pegawai pilihan raya Philadelphia, menuntut pengiraan undi dihentikan sehingga pemerhati Republikan dibenarkan memantau proses itu.
-- BERNAMA
Philadelphia mayor Jim Kenney gestures as he speaks during a news conference at Pennsylvania Convention Center as vote counting continues three days after the 2020 U.S. presidential election, in Philadelphia, Pennsylvania, U.S. November 6, 2020. REUTERS/Eduardo Munoz
#AS #pilihan raya #Donald Trump #Amerika Syarikat #penipuan #Tidak Berasas #bukti #Philadelphia #pilihan raya presiden #Datuk Bandar #tuduhan #Jim Kenney
;