Memandu dalam keadaan khayal, pengantin ditahan pada hari perkahwinan

Agensi
Mac 14, 2018 19:16 MYT
Menurut laporan people.com, Amber yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya ditahan polis selepas memandu dalam keadaan khayal sehingga mengakibatkan kemalangan. - Foto AP
Seorang pengantin wanita ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah selepas terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya.
Amber Young, 32, yang memandu sendirian melanggar tiga kereta semasa dalam perjalanan pada Isnin lalu di Marana, selatan Arizona, Tucson.
Menurut laporan people.com, Amber yang memakai gaun pengantin dimasukkan ke dalam kereta polis dalam keadaan tangan bergari.
Jurucakap polis Marana, Sarjan Chriswell Scott berkata, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan tersebut.
"Jangan memandu dalam keadaan khayal, kerana tiada apa yang boleh dibantu jika berlaku kematian,” tambahnya.
Sementara itu menurut laporan kvoa.com, bakal pengantin itu dibenarkan menghadiri majlis perkahwinannya selepas dijamin oleh tunangnya dengan syarat harus menandatangani perjanjian untuk hadir ke mahkamah.
Dalam pada itu, netizen turut memberi komen di Twitter tentang tindakan bahaya yang dilakukan oleh Amber.

Wow, that is sad... hope she gets straightened out and can have a better future... God help us all! /p>— SharleenParker (@SharleenParker) March 12, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

For the record good work. I hate people who drink and drive. I myself got busted and paid the price. Love my boys in blue!

— Derek Isakson (@Derek2534) March 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I sorry of feel the same way, however, this is an odd situation and will get people's attn. Hopefully, it'll make a person think about nor getting behind the wheel impaired.especially, ppl going to their wedding, or anywhere else, for that matter.

— January (@januarymariejmw) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dadah #kemalangan #mahkamah #perkahwinan #polis #Twitter
;