Melbourne kenakan perintah berkurung enam minggu selepas rekod 191 kes baharu COVID-19

Agensi
Julai 7, 2020 21:38 MYT
Kira-kira 3,000 penduduk di sembilan blok pangsapuri diberi notis satu jam sebelum dilarang meninggalkan pangsapuri mereka sekurang-kurangnya lima hari. - Gambar REUTERS
Ribuan penduduk di bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dikenakan perintah berkurung selama enam minggu berikutan peningkatan kes COVID-19.
Menurut Ketua Negeri Victoria, Daniel Andrews, penduduk tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan perumahan mereka bermula Rabu selepas negara itu merekodkan 191 lagi kes baharu.
Kira-kira 3,000 penduduk di sembilan blok pangsapuri diberi notis satu jam sebelum dilarang meninggalkan pangsapuri mereka sekurang-kurangnya lima hari.
Namun, mereka hanya dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing untuk ke sekolah, pejabat, beriadah dan membeli makanan atau barangan keperluan lain.
Setakat ini, negara yang berjumlah 26 juta orang itu telah mencatatkan sekitar 8,500 kes dan hanya 106 kematian akibat COVID-19.
#Australia #COVID-19 #kes positif #koronavirus #kuarantin #Melbourne #perintah berkurung
;