Meghan Markle jadi tarikan sambutan Krismas keluarga diraja Britain

APTN
Disember 25, 2017 05:44 MYT
Ratu Elizabeth II ditemani Putera Philip dan keluarga diraja lain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine, yang hamil dengan anak ketiga. - AP
Ratu Elizabeth II dan keluarga diraja Britain menghadiri sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House di Norfolk.
Turut hadir dan tentunya mendapat perhatian penduduk tempatan adalah tunang Putera Harry, Meghan Markle.
Markle turut mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan selepas selesai sambutan tersebut.
Sandringham House adalah kediaman yang selalu menjadi tumpuan keluarga diraja Britain untuk menyambut Krismas.
Ratu Elizabeth II ditemani Putera Philip dan keluarga diraja lain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine, yang hamil dengan anak ketiga.
Agensi berita The Associated Press melaporkan lebih ramai penduduk tempatan keluar untuk menyambut keluarga diraja Britain itu pada tahun ini.
Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak hadir ke sambutan di gereja itu pada tahun lepas susulan demam.
Dalam ucapan hari Krismas tahun ini, Ratu Elizabeth II memuji semangat yang ditunjukkan mangsa yang terselamat dalam serangan pengganas di Manchester, bangunan parlimen UK di London dan London Bridge.
#Britain #keluarga #Krismas #London #mangsa #Meghan Markle #Parlimen #pengganas #Putera Philip #Putera William #Ratu Elizabeth II #serangan
;