Meghan Markle buat hal, tolak guna 'bidan diraja' lahirkan bayi sulung
Asyraf Roslan
April 8, 2019 10:32 MYT
April 8, 2019 10:32 MYT
PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle memecah tradisi kerabat diraja negara itu kerana memilih untuk tidak melantik pakar sakit puan diraja bagi membantunya sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi sulung mereka nanti.
Menurut laporan media antarabangsa, Meghan telah melantik pasukan dan 'bidannya' sendiri untuk proses menyambut kelahirannya yang pertama itu.
Meghan dikatakan tidak mahu ada "pihak berpengaruh" memantau kelahiran anaknya.
Isteri Putera Harry itu dikatakan tidak mahu ada 'pengawal peribadi lantikan istana' memantau kelahiran tersebut.
Sumber juga mengatakan bahawa Meghan telah melantik seorang doktor wanita sendiri bagi menyambut kelahiran anaknya yang dijangka lahir pada bulan ini.
Tindakan Meghan itu amat mengejutkan kerana doktor yang dilantik Ratu Elizabeth itu merupakan antara yang terbaik.
Bagaimanapun, jurucakap keluarga diraja Britain enggan mengulas kesahihan mengenai perkara tersebut.