Megawati beri laluan kepada Jokowi

Astro Awani
Mei 29, 2013 18:30 MYT
Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri membayangkan untuk tidak bertanding jawatan presiden sebaliknya akan menyokong tokoh-tokoh muda termasuk Gabenor Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden 2014.
Teh Jakarta Post melaporkan, esekutif Parti, Puan Maharani, yang juga anak perempuan Megawati berkata, pihak secara konsisten mencalonkan tokoh-tokoh muda dalam pilihan raya serantau dan berminat untuk menggunakan startegi sama di peringkat nasional.
"Jika calon muda bersedia untuk dicalonkan (untuk pengundian presiden), mengapa tidak?" kata Puan selepas satu mesyuarat pada Selasa. "Sudah tentu Bu Mega mahu dipilih semula di PDI-P," tambah beliau.
Parti pembangkang terbesar di Indonesia itu sehingga kini masih belum menamakan seorang calon presiden, sebarang keputusan terletak di tangan Megawati, yang kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam parti nasionalis dan beberapa pendapat mengatakan beliau masih dilihat sebagai calon berpotensi untuk jawatan presidem biarpun tewas dalam dua pilihan raya yang lepas.
Ini merupakan pertama kali Megawati mencadangkan parti membuka pencalonan kepada tokoh lain selain dirinya.
Cadangan ini dibuat selepas pelbagai kajian mendapati bahawa Jokowi, sosok yang semakin meningkat dalam politik Indonesia adalah jauh lebih popular daripada Megawati dan bahawa beliau (Jokowi) akan mendapat paling banyak undi jika pilihan raya diadakan hari ini.
Ketua penaung PDI-P, Taufiq Kiemas, secara terbuka berkata parti itu boleh mencalonkan beberapa ahlinya yang lebih muda untuk pengundian akan datang.
"PDI-P mempunyai banyak [berpotensi] calon-calon presiden," kata Taufiq baru-baru ini, yang mempengerusikan Majlis Perundingan Rakyat (MPR).
Selain daripada Jokowi, Puan dan timbalan speaker Dewan Pramono Anung juga telah disebut-sebut oleh beberapa pemerhati sebagai bakal calon presiden. Tetapi Jokowi telah terbukti menjadi pilihan utama.
Satu tinjauan pendapat dilakukan baru-baru ini berdasarkan badan pemikir Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) yang berpengkalan di Jakarta, misalnya, mendapati bahawa jika pilihan raya diadakan hari ini, Jokowi akan mendapat 28.6 peratus undi, Ketua Penaung Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Leftenan Jeneral (B) Prabowo Subianto dengan 15.6 peratus, Pengerusi Parti Golkar Aburizal Bakrie dengan 7 peratus dan Megawati dengan 5.4 peratus.
Satu kajian oleh Pol-Tracking Institute bulan lepas juga menamakan Jokowi sebagai calon presiden paling popular disebabkan banyak liputan negatif media terhadap tokoh-tokoh politik lain.
Penganalisis politik, Arya Fernandez, berkata, Megawati sepatutnya telah lama sedar bahawa Jokowi adalah orang yang akan dapat memenangi petandingan merebut jawatan presiden.
"Bagaimanapun, Megawati telah menunggu sehingga pemilihan Jokowi mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus. Pada tahap itu,Megawati dan PDI-P akan yakin bahawa tidak akan ada cara Jokowi akan tewas dan dia harus dimasukkan dalam pemilihan presiden, "kata Arya.
Jika pemilihan Jokowi adalah lebih tinggi, ia juga sesuatu yang mustahil untuk melihat Puan dipasangkan dengan beliau sebagai calon naib presiden.
Jokowi enggan mengulas mengenai kaji selidik yang telah meletakkan beliau tangga teratas senarai calon-calon presiden, sebaliknya beliau mengatakan bahawa dia kini memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai gabenor Jakarta. Baru-baru ini, gabenor berhadapan dengan ancaman pemecatan dari beberapa ahli majlis berhubung masalah mengenai skim penjagaan kesihatan universal.
"Keengganan Jokowi untuk mengulas mengenai tawaran presiden sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi politiknya. Pertama, beliau masih belum menerima lampu hijau dari Megawati. Kedua, dia masih mengkaji pendapat rakyat mengenai usahanya, kerana banyak meminta supaya Jokowi yang menamatkan tempoh perkhidmatan beliau dalam pentadbiran Jakarta sebelum bertanding untuk presiden, "kata Arya.
Philips J. Vermonte daripada CSIS berkata pada orang ramai kini berharap menacri alternatif lain selain muka-muka lama dalam pilihan raya presiden.
Beliau berhujah bahawa kejayaan Jokowi telah menunjukkan bahawa ia adalah tidak mustahil untuk mempunyai calon alternatif. "Ia akan menjadi begitu malang jika PDI-P tidak mencalonkan Jokowi," katanya.
#Jokowi #Megawati #pilihan raya presiden
;