Media asing lapor perkara tidak wajar berhubung kemangkatan Raja Bhumibol
Bernama
Oktober 16, 2016 21:13 MYT
Oktober 16, 2016 21:13 MYT
Kementerian Luar Thailand menegur sesetengah media asing yang membuat laporan secara sangat tidak wajar semasa tempoh berkabung susulan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej.
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata amalan sedemikan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga tidak profesional dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat Thailand selain melanggar tradisi mereka.
"Didapati sesetengah media asing yang utama telah melaporkan maklumat salah dan dakwaan yang bersifat manipulatif serta provokatif," katanya.
Kemangkatan Raja Bhumibol, 89, sebagai raja paling lama memerintah pada Khamis mendapat liputan meluas daripada pertubuhan media antarabangsa.
Kementerian tersebut meminta agar amalan laporan sedemikan tidak lagi dilakukan. -- BERNAMA
#Kementerian Luar
#laporan tidak wajar
#mangkat
#media asing
#Raja Bhumibol Adulyadej
#tempoh berkabung
#Thailand