McDonald's Singapura lancar burger nasi lemak

Kohilah Sekaran
Julai 12, 2017 16:45 MYT
McDonald's Singapura telah melancarkan beberapa menu istimewa termasuk burger nasi lemak - Facebook Food King NOC
Syarikat rangkaian makanan segera, McDonald’s Singapura telah melancarkan beberapa menu istimewa termasuk burger nasi lemak, sempena Festival Makanan Singapura 2017.
Menu istimewa ini juga sejajar dengan sambutan Hari Kebangsaan negara itu yang akan disambut pada 9 Ogos ini.
Diinspirasikan daripada makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak dan cendol, menu terhad ini akan dijual mulai Khamis ini (13 Julai).
Burger Nasi Lemak ini diperbuat daripada isi ayam berperisa kelapa, dilapisi dengan telur goreng, bawang, hirisan timun, sos sambal dan roti semolina.
Gambar: Facebook Food King NOC
Selain itu, McDonald’s turut memperkenalkan beberapa pencuci mulut baru termasuk ais krim "Chendol McFlurry", pie kelapa, kek "Kueh Salat" dan kek pandan dengan lapisan pulut.
#Burger Nasi Lemak #makanan #Mcdonald's #nasi lemak #Singapura
;