McDonald's AS rancang pecat kakitangan korporat

Bernama
April 3, 2023 16:23 MYT
Wall Street Journal pada Ahad melaporkan kakitangan korporat perlu bekerja dari rumah mulai Isnin hingga Rabu. - Gambar/ AFP Relax
MOSCOW: McDonald's merancang memecat pekerja korporat dan menutup sementara pejabatnya di Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.
Wall Street Journal pada Ahad melaporkan kakitangan korporat perlu bekerja dari rumah mulai Isnin hingga Rabu.
"Sepanjang minggu 3 April, kami akan menyampaikan keputusan penting berkaitan peranan dan jumlah kakitangan di seluruh organisasi," menurut syarikat itu seperti yang dipetik oleh The Wall Street Journal.
E-mel itu yang dihantar kepada pekerja McDonald's minggu lepas meminta kakitangannya membatalkan semua pertemuan secara peribadi dengan vendor dan pihak luar di ibu pejabatnya.
Jumlah sebenar pekerja yang akan diberhentikan di bawah langkah penstrukturan semula syarikat masih belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA
#Mcdonald's #pecat kakitangan #pemberhentian pekerja #Amerika Syarikat
;