McDonald's di UK dan Ireland akan guna penyedut minuman kertas ganti plastik

Agensi
Jun 15, 2018 16:14 MYT
Kerajaan British mencadangkan pengharaman ke atas penggunaan penyedut minuman plastik dan putik kapas di England. - Reuters
McDonald's akan menggantikan penyedut minuman plastik dengan yang diperbuat daripada kertas di kesemua restorannya di United Kingdom dan Ireland bermula September ini, lapor BBC pada Jumaat.
"Sebagai susulan perdebatan awam, pelanggan kami memberitahu bahawa mereka mahukan perubahan dibuat berkaitan penggunaan penyedut minuman (plastik)," ujar satu kenyataan McDonald's.
Pada April, kerajaan British mencadangkan pengharaman ke atas penggunaan penyedut minuman plastik dan putik kapas di England.
Hujung bulan lalu, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pengharaman sepenuhnya produk plastik sekali guna seperti putik kapas dan penyedut minuman plastik, selain meletakkan beban pembersihan sisa tersebut ke atas pihak pengeluar.
BACA: Kesatuan Eropah mahu haramkan produk plastik sekali guna
Masalah pencemaran plastik berlaku di seluruh dunia dan hidupan laut juga menjadi mangsa. Di Thailand, kes seekor paus yang mati terdampar di sebuah pantai negara itu telah membuka mata rakyat dunia tentang ancamannya.
BACA: Perut paus mati terdampar di Thailand dipenuhi sampah plastik
Selebriti tempatan yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin, mahukan rakyat Malaysia berfikir tentang masa depan persekitaran yang semakin diancam bahan plastik.
VIDEO: Maya Karin bercakap tentang pencemaran plastik terhadap alam sekitar
VIDEO: Isu pencemaran plastik semakin membimbangkan
#Mcdonald's #pencemaran #penyedut minuman #plastik
;